BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 2, 2011

Al-Kisah Tentang Jodoh..

gambar hiasa semata2..



Jodoh seperti rezeki
ia telah ditentukan..
Namun, kita tidak tahu ape yg telah ditentukan Oleh Allah untuk kita..
Dengan berpegang pd hakikat itu..
kita diperintahkan agar berusaha..
carilah jodoh yg baik..
carilah rezeki yang baik dengan jalan yg baik juga..

Siapa jodoh kita? berapa banyak rezeki kita?? dan bila??? itu bukan kerja kita.. itu ketentuan Allah.. ya ALLAH.. jadi.. berusahalah dengan baik .. Allah pasti tidak akan mengecewakan kita..
satu amanah..
apabila seorang wanita telah dinikahi dengan sah..
dialah wanita yg diamanahkan ole Allah untuk dibimbing dan dipimpin menuju ke syurga..
nasib si suami sangat berkait rapat dengan si isteri..
dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat si suami..
dialah wanita yg pasrah dan menyerah kepada si suami atas dasar nama ALLAH..

cantik itu relatif dan subjektif..
kita masih manusia.. tetapi kita bukan sekadar manusia..
kita HAMBA ALLAH & KHALIFAH ..
isteri ialah teman si suami untuk memikul amanah dua misi berat itu..
untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita..
tetapi ilmunya, akhlaknya, pengorbanannya dan kesetiaanya..

semua yang datang dari Allah ada kebaikannya.. namun ingat! Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding diri kita sendiri . sesiapa yang bertekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya.. orang baik berhak mendapat yang baik.. bukan begitu???
cantik itu relatif dan sangat subjektif . beauty is in the eye of the beholder, bukan begitu??
cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama..
malah ia berubah mengikut masa, usia dan keadaan..
tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya..

kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. orang budiman dan beriman.. menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual..
cantik itu juga relatif mengikut keadaan.. jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan bila asyik marah2 dan merengus.. sebaliknya.. wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.

wasilah Memilih Jodoh..
kalau hati kita indah.. kita akan sentiasa melihat keindahan . sebaliknya kalau hati rosak.. keindahan tidak akan ketara .. sekalipun sudah tampak di depan mata.. atau kita mungkin mudah bosan dengan apa yg ada lalu mula mencari lain..
Jadi orang baik dan pilihan orang baik..
Pilihlah jodoh dengan 2 cara.. pertama jadilah orang yg baik.. InsyaAllah.. kita akan mendapat jodoh yg baik.. kedua.. ikutlah pilihan orang yang baik.. orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita..
kedua2 cara tersebut boleh dijalankan serentak . maksudnya..
jika kita berusaha menjadi orang yang baik.. InsyaAllah ..
Allah akan kurniakan kita jodoh yg baik melalui pilihan orang baik..
ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari jodoh..
dan nanti.. pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!

Alhamdullillah.. 2 kaedah di atas telah ana praktikkan.. memang berkesan..
berusaha menjadi orang baik.. mencari jdoh yg baik & direstui oleh org2 yg baik..
syukur pd -Mu ya Allah..

persoalan :
ada juga yang menolak pilihan orang yang baik bukan??

- kerana mereka bukan orang yg baik.. bolehkah terjadi orang yang baik menolak pilihan orang yg baik??
mungkin ada sesetengah anak2 yg tidak baik menolak pilihan ibu bapa yg baik. hikmahnya.. Allah tidak akan mengizinkan orang yg baik menjadi pasangan orang yg tidak baik.. Bukankah Allah telah berjanji.. lelaki yg baik hanya untuk wanita yg baik.. begitulah sebaliknya..
- dan mungkin juga anak itu orang yg baik.. tetapi ibu bapanya yg tidak baik itu memilih calon yg tidak baik sebagai pasangannya.. maka pada waktu itu.. syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya.. itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendpat pasangan hidup yg jahat..

Tuntasnya..
jodoh itu urusan Allah.. sudah dicatat di alam rahim lagi.. tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yg wajib kita fahami.. orang yg baik berhak mendapat jodoh yg baik.. cuma sekali sekala sahaja Allah menguji org yg baik mendapat pasangan hidup yg jahat seperti Nabi Luth mendapat isteri yg jahat dan Asiyah yg bersuamikn firaun laknatullah.. hikmahnya.. mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjat org baik ketahap yg lebih tinggi..
jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat..
berkatalah pada diri sendiri..
kita sudah berusaha  menjadi orang yg baik.. dan kita telah pun benikah dengan pilihan orang yg baik..
tetapi jika takdirnya pasangan kita orang yg bermasalah..
bersabarlah.. katakan lagi pada diri kita..
bahawa itulah jalan yg ditentukan oleh Allahuntuk kita mendapat syurga..
maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Luth dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Aisyah..

pd yg telah berkahwin..
tanyakan soalan ini pd diri antum wa antunna sendiri..
Apakah aku telah menjadi insan yg baik untuk memperbaikinya?? Yang penting.. bukan siapa isterimu semasa kau nikahi dia.. tetapi Siapa dia setelah kau nikahi..
janji Allah bahawa lelaki yg baik untuk wanita yg baik.. bukan hanya berlaku pada awal pernikahan..
tetapi dipertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju ke syurga!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment