BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 18, 2011

Ku Tepis Rindu ini..

Ku tahu,
Diammu kerana Illahi,
Dan kuharap kau juga mengerti,
Diamku juga tersirat erti,
ku mengharap keredhaan-Nya,
Sentiasa menaungi Cinta Tulus ini,
Terpelihara dari noda-noda khayalan,
Yang boleh mencemari syariat,
Lantaran itulah,
Ku tepis lagi rindu ini..




MasyaAllah..


bayangnya datang lagi..
bersama seulas senyuman..
tulus dengan Nur Keikhlasan..
seraut wajah..
dengan redup mata sarat rahsia..
terpancar nilai kesetiaan..
terserlah sifat Daie Illallah..

kita..
pastikan bersatu..
bahagia dalam restu..
andai itu janji Illahi..
kupasrahkan harapan..
buat yang Maha Perancang..
kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui..
adakah dirimu tercipta untukku..

cuma satu pintaku..
andai Kau merestui duhai Rabbi..
jagakan dirinya buatku..
permudahkan urusannya..
menghadapi hari-hari berliku..
tunjukkan jalan buatnya..
meredah arus kedewasaan..
yang penuh fatarmorgana..

Tiba saatnya nanti..
permudahkan kamu Ya Latiff..
untuk bersatu..
membina hidup..
berlandaskan cinta-Mu..
demikian kukurim doa buatnya..
dalam kerinduan ini..

mimpiku mengundang rindu..
wajahmu bertandang lagi..
aku bertanya diri..
kenapa tidak sehebat ini ..
Rinduku pada Illahi??
sedangkan Dialah pencipta..
Insan seistimewa dirimu Wildan..
sedangakn Dialah pemberi..
Anugerah cinta ini..
sememangnya Dia..
Lebih berhak kurindui..
Lebih berhak kucintai..
mengatasi cintaku padamu..
ku tepis rindu ini...

untukmu.. wildan hatiku...


daku yakin pada luahan hatimu ini:





Ya Allah..

bantulah dia dalam kesusahan..
nusrahlah dia dalam kebuntuan..
dialah wanita yang bakal memegang panji agama dalam hidupku..
kekalkanlah dia dalam rahmat-Mu..
bekalkanlah dia dengan kasih sayang-Mu..
dialah wanita agung yang menjadi serikandi dalam hidupku..
wahai Allah..
ampunilah aku..
dosa diriku ini tidak layak dihitung dengan nilaian syurga-Mu..
hadirnya dia sebagai wardah penghibur dan penyuntik semangat dalam hidupku..
sayangilah dia..
sayangilah dia..
sayangilah dia..
wahai tuhan pencipta Alam..
[1/11/2010]
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment