BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 26, 2011

InSyaALLah.. dOAkU seLaLu mEnyErtAimu sEpANjaNg NafAskU..

Ya Allah, Hamba serahkan yang menjadi harapanku kepada-MU
Ya Allah, Engkau mempunyai kehendak lain disaat ini.
Berikanlah dia kebahagian selalu, Kebahagian dia adalah kebahagian hamba juga.

Ya Allah, Engkau maha mengetahui segala yang terjadi.
Ya Allah, Hamba telah memahami semua karunia-MU.
Jangan Engkau beri dia kepedihan dan ter-ananiya hatinya lagi. Cukup sudah ... Ya Allah.

Ya Allah, Lindungi dia dari segala kemunafikan dan ketersesatan.
Ya Allah, Engkau telah mengariskan yang terbaik buat dia
Rawatlah hati dan jiwanya dalam pelukan-MU selalu.

Ya Allah, Berikan dia segalanya yang dia inginkan. (terbaik Buat Dia)
Ya Allah, Berikan juga ketabahan kepada hamba untuk kebahagian dia .
Bentangkan kasih sayang-MU terhadap dia dan hamba-MU ini.

Ya Allah, hamba gantungkan harapan hamba kepada-MU.
Ya Allah, hamba pasrahkan diri hamba kepada-MU total kepada-MU.
Yakinkanlah bila semua ini yang terbaik buat hamba dan dia.
Dan hamba akan selalu berbuat lebih baik dan bisa menjadi terbaik buat semua.
Jadikanlah Sabarku dan Sholatku sebagai penolongku dan dia.
Bimbing hamba, ajarkanlah hamba untuk menjadi hamba-MU yang beriman dan bertakwa.
(Sesungguhnya bertakwa dan kembali kepada-MU).
Bila Engkau mempertemukan kami kembali, dasari kami dengan ketulusan dan keikhlasan yang sebenar-benarnya untuk meraih mawaddah dan warahmah karena-MU. Ya Rabb .......

Ya Allah, karuniai kami hikmah dan masukan kami pada golongan orang-orang shalih. Seperti dalam Firman-MU.

Hamba sangat mensyukuri. ENGKAU telah memberikan hidayah kepada hamba.
Telah membuat hamba kembali dan berserah diri kepada-MU.
Ya Allah, Hamba merindukan-MU dan Pemimpin Agama Hamba ( Nabi-MU ).
Berikanlah kekuatan pada hamba pada suatu saat hamba bertemu dengan-MU. Ya Rabb ..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 25, 2011

..hIduP iNi tERLaLu sINgkAt UntUK diRumITkaN..


Sebagai kaum yang sentiasa dianggap lemah, wanita perlu berjuang dengan kuat untuk dihargai dan dihormati
 
Wanita, janganlah mudah meminta untuk dikasihani. Wanita yang kuat akan selalu bangkit ketika ada masalah dan tidak bersedih terlalu lama. Dan dalam  menjalankan apa sahaja aktiviti, wanita hendaklah dengan logik daripada perasaan meskipun pada kenyataan, kita sebagai wanita cenderung menggunakan perasaan dibandingkan logik akal.

Sebenarnya, kita perlu berfikir tentang baik buruknya suatu perkara yang sedang dan akan berlangsung di hidup kita. Bila dikatakan hidup itu rumit, melelahkan, sulit dan sebagainya, perkara ini tidak selalunya benar. Meskipun kadangkala kita mengalami kerumitan dalam hidup yang membuat kita down, namun jika kita berfikir dengan jauh, sebenarnya  Hidup ini terlalu singkat untuk dibuat rumit.

Ada perkara dimana, kita harus berehat sejenak. Menghirup udara segar, sambil memejamkan mata dan menikmati angin berdesir yang akan membuat beban kita seolah – olah terlepas. Ada sahaja yang membuat perasaan kita gundah gulana, sedih, kecewa, marah dan sebagainya. Lebih – lebih lagi bila kejenuhan hati sedang kita rasakan. Banyak orang yang memutuskan untuk “menghilang sejenak”. Wanita  memang memerlukan waktu-waktu tertentu untuk kita berehat sejenak. Menghindari dari segala kerumitan yang ada, yang tentu timbul dari sebuah perasaan.

Saya hanya ingin menjalani sesuatu sesederhana mungkin dan tidak ingin dibuai dengan perasaan, kerana saya merasa bahawa kaum wanita kadangkala menjadi mangsa buaian perasaannya. Bukan tidak boleh untuk berangan, tetapi janganlah berlebihan. Kerana sesuatu yang dilakukan secara berlebihan hasilnya belum tentu baik. Betul kan?



Kita harus memiliki standard sendiri untuk memilih perkara yang  baik untuk kehidupan kita. Kalau sentiasa mengikuti kata perasaan, tentu yang diperolehi adalah kecewa dan sakit hati yang ada pada diri. Padahal banyak yang dapat kita hargai dari dalam diri kita. Tanpa perlu mendapat penghargaan dari orang lain.
Percayalah bahawa keletihan, kepenatan, kelemahan, kesakitan dan sebagainya akan dapat kita lalui semuanya. Meskipun kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu dengan beruraian air mata. Tak mengapa, bukankah air mata dicipta untuk mengungkapkan sebuah rasa? Kerana tidak hanya bahagia sahaja yang ada di dunia.
“Engkau tidak akan bahagia dengan hanya berpindah dari satu tempat ke tempat lain… Tetapi kembalilah pada rasa yang ada dalam dirimu agar engkau gembira.” [Syaikh 'Aidh Al-Qarni]
“Kadangkala, bukan suasana yang harus diganti… Tetapi rasa di dalam hati yang perlu kita perbaiki”. [Tarbawi, 6 Mei 2010]
Kita perlu bijak mengawal perasaan kita, befikiran logik, dan tidak gelabah dalam bertindak. Apabila kita  merasa harga diri kita hancur, ada baiknya untuk cuba bangkit kembali dan berusaha lebih untuk menghargai diri kita sebelum kita ingin dihargai orang lain.
Don’t waste your time.
Masih ada kesempatan jangan terlalu dibuai oleh perasaan. Berhentilah mengeluh dan bangkitlah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

waLimah & BaituL musLim idaMan ana..

AsSalamualaikum..
pertama skali ana ingin memohon ampun dan maaf jika ada yg merasakan entry ana kali ini agak mengarut & tidak masuk akal.
tp pd ana tidak salah kan.. mengimpikan sesuatu perkara yg baik..
InsyaALLah.. jika Dia mengizinkn.. InsyaAllah jika ada rezeki & jodoh untuk ana.

Wahai bakal Zauj ku..
yg bakal ana cintai dunia & akhrat..
ana tidak meminta sebuah walimah & Baitul Muslim yg menelan belanja yg beratus ribu ...
izinkan ana ya. menceritakan apa yg sering ana bayangkan untuk majlis kita kelak..
jgn akhi gelakkan ana tau..

wahai bakal Zauj ku yg bakal kucintai dunia hingga ke akhrat kelak..
ana suka meluangkan masa di suatu tmpat.. masyaAllah.. tmpat ini indah sgt..
rumah Allah.. dibiayai pmbinaannya oleh AL-Bukhari.. tmpatnya di Airport Senai..
MasyaAllah.. indah ukiran & bntuk nya.. sgt tenang jika brada di dlamnya..

InsyaAllah.. setiap kali ana mnginjak ke situ. ana akan trsenyum sndiri..
suka singgah di hadapan dewan yg trletak di bhgian bwh ruangan solat
smbil mmbayangkan saat kta brpegangan tgn kelak di mjlis walimah kte nnt..
mmbayangkan sbuah mjlis sederhana dimana setiap hadirin mndoakan kita..

ana inginkn hnya sebuah mjlis mkn malam yg sederhana..
dimana waktu Isyak sblom mjlis brmula.. biarlah para hadirin solat brjamaah brsama dgn Akhi mnjadi IMAM di bhgian atas dewan iaitu ruangan solat..
mjlis hnya brmula selepas solat agar setiap yg hadir mndpt rahmat Allah & mjlis kte diREDHAI oleh-NYA..


ana doakan kelak agar akhi tenang ketika melafazkan akad ya .. InsyaALLah.. ana ske mndongak memandang kubah & ukiran nama2 serta kalam Allah yg diukir kemas di bhgian atas .. MasyaAllah.. Indah.. & ana mmbyangkan di bwh ukiran indah itu akhi menerima tggjwb sbgai khalifah kpd ana dgn tenang & tawaddu' .. selepas itu.. akhi mengalunkan kalimah suci sebagai mas kahwin untuk ana..

ana berniat ingin menghadiahkan tiap tamu yg hadir ke majlis akad kelak..
dihadiahi dgn senaskhah Yasin yg dikulitnya dicetak nama, tarikh & sempena walimah kita..
moga hadirin & kita sama2 mndapat manfaat.. InsyaALLah..


ana impikan sebuah walimah yang sederhana sahaja..
ada pembahagian antara ruangan muslimah & muslimat..
InsyaALLah.. ana ingin walimah kita nnt bertemakan warna putih..
kerana putih itukan suci.. bersih.. RAsullullah s.a.w sndri suka wrna putihkn.

di setiap meja ada pamplet yg diatasnya dituliskan doa untuk kita..
agar tetamu yg hadir sudi mndoakan kita agar kekal bersama dalam perjalanan menuju ke Jannah..
agar tetamu yg hadir bkn sekadar hadir yg sia2.. sma2 mndapat manfaat..

ana ingin hidangan di hidangkan mngikut cara kampung..
kerana itu impian ana.. ingin mengembalikan kenangan nostalgia lama2 perkahwinan di kampung..
boleh kan akhi??
xmahu guna buffet.. lauk dihidangkan di atas meja besrta nasi..

majlis kita nnt ana ingin alunkan dzikir2 dan lagu2 nasyeed..
nasyeed yg memuji cinta halal.. untuk meraikan kita..

dan.. ana tringin sgt.. nk jmput ustaz untuk berceramah di walimah kita nnt sbagai pengisian..
boleh kan ?? ana tringin nk jmput ustaz kazim ellias atau Ustaz Azhar Idrus..

  

ana tidak mahu membazir pada perhiasan & perkara yg tidak penting. cukuplah ana ingin beratkan pd jamuan para tetamu.. tujuan majlis kan untuk menjamu para tetamu...

untuk goodies tetamu... ana ingin memberikan sesuatu yg bisa diingati & sesuatu yg apabila diamalkan kita juga akan mendapat saham akhirat.. boleh kan wahai zauj ku??

diakhir majlis nnt.. ana ingin akhi menutup majlis walimah kita dgn alunan ayatul Quran. surah At-Tahrim & Surah An-Nisa.. kenapa ana memilih ana surah ini?? ermm.. InsyaALLah.. tiba masanya nnt ana gtau akhi ya.. tunggu tau! ^_~

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


InsyaALLah.. jika ada rezeki ALLah untuk ana bergelar Ummu A'Qilah kelak..
ana impikan agar setiap malam akhi akan mengalunkan surah2 untuk bakal si soleh dan si solehah kita kelak..
biar mereka terbiasa mndgar kalamullah suci ini.. biar nnt mreka tidak kekok & kelu untuk mengalunkan ia..
ana mngimpikan khalifah kita kelak bisa lancar lidahnya mnghafaz Quran seperti mu ..

tidak gentar tika dirinya dipersilakn untuk mengimami solat.. 
seperti dirimu juga..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bangunkn diriku disepertiga malam untuk bermunajat kepada Khalik bersamamu wahai zauj ku..
daku ingin mendulang pahala bersama2 dgn mu...
agar tangan kita tetap berpimpinan menuju ke Jannah Allah di sana..

wahai Zauj ku..
ana adalah wanita silam yg mempunyai masa silam yg kelam..
ana tidak sehebat Siti Khadijah..
tetapi .. InsyaAllah ana akan berusaha sedaya mungkin mncontohi akhlak para mujahidah zaman RAsullullah s.a.w dalam jihad mencintai suami..
pimpin tangan ku wahai wildan kesayanganku..
cintaku bukan hanya sekadar didunia.. tapi membawa ke akhirat..
InsyaALLah..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, December 24, 2011

.........


duhai bakal zauj ku.. disini aku ingin titipkan sedikit pesanan buatmu..
ikhlas dari hatiku buatmu...

Jangan salah memilih kekasih..
kerana DIAlah yg akan menyenangkan hatimu.. dunia & akhirat..
kekasihmu itu bukan hanya sekadar urusan mencurahkan syahwat dan curahan isi hati..
MELAINKAN.. urusan membangun sebuah rumah besar sebuah kehidupan...
yang darinya segala kebaikan tersebar ke segala penjuru dunia..
kekasih itu bisa menjadi sepasang suami isteri..
dari keduanya terlahir anak-anak.. ya.. si kecil yang soleh dan solehah..
di antara mereka.. ada para kerabat.. rakan2 dan jiran2..
semuanya berpadu membentuk satu masyarakat besar dengan panduan hidup yang bersumberkan ALLAH semata-mata..

wahai wildan hatiku..
aku mendoakan agar dirimu sntiasa dalam rahmat & lindungan ALLah..
andai suatu hari nnt.. engkau mengatakan aku bukanlah pilihan hatimu..
InsyaAllah aku kan cuba untuk redha.. kerana aku tau.. aku xbisa memaksa hatimu untuk mencintai aku seikhlasnya..
aku hanya mampu berdoa sedangkan hanya ALLAH satu2 nya yang mempuanyai hak dan kuasa untuk MENGUBAH hati hambaNYA..

jangan lalaikan hatimu dengan duniawi wahai kasihku..
seringkali hati menanggis kerana selalu rindukan untuk berjamaah dengan mu..
mendengar suaramu mengalukan kalamullah suci ayat Al Quran..
sungguh.. aku terlalu rndukan itu semua..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed