BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 3, 2011

Dedikasi buat smue muslimah yg ana Cintai & wildan hati ana..

ASslmlaikum..

Cinta yg bertandang di lubuk hati itu fitrah..
namun, apabila disusuli tindak tanduk yg tidak diredhai Allah..
ia akan bertukar menjadi FITNAH!
Subhanallah.. lindungi kami ya Allah dari Fitnah itu..
Justeru.. untuk apa menikmati cinta sebelum perkahwinan??
bimbang ia jadi tawar & hambar..
hilang Barakah .. hilanglah kemanisan..

'Sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yg SYAHID'
<span>[Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain]</span>

MasyaAllah.. ruginya kerana aku kurang sabar dalam mengungkapkan cinta..
izinkan kami mndapat syahid-Mu ya Allah..

'Sesiapa yg jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yg syahid'

Ya Latiff.. kuatkanlah Mujahadah kami agar kami tetap mnjaga syariat-Mu..
jgn biarkan ikatan kami dicemari dengan maksiat nan keji..
permudahkanlah urusan kami dalam perjalanan memeterai sebuah janji..

<span>Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami..</span>
<span> </span>
Sekiranya..
kita cinta kepada manusia..
tak semestinya manusia cinta kepada kita..
tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH..
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya..

Sekiranya..
kita cinta kepada manusia..
kita akan cemburu kepada orang yg mencintai orang yg kita cintai..
tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH..
kita akan turut mencintai orang melabuhkan cintanya kepada Allah juga..

Ya Allah..
andai dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku..

Maka..
campakkanlah dia ke dalam hatiku..
cinta kepadanya adalah kerana-Mu..
dan campakkanlah ke dalam hatinya..
cinta kepadaku adalah kerana-Mu..

Namun..
andai dia bukan jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku..
berikanlah aku kekuatan agar pasrah..
dalam mengharungi ujian..
yang kau berikan kepadaku..

'Maksudnya : Dan wanita-wanita yg baik adalah untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yg baik adalah untuk wanita-wanita yg baik(pula)' 
- Surah Al-Nur 24:26

'Maksudnya : Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yg keji dan satu jalan yg buruk'
- Surah Al-Isra' 17:32

wahai wildan hatiku..
aku mengasihimu kerana agamamu..
jika hilang agamamu..
hilanglah kasihku padamu..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed