BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 25, 2011

Kisah Kasih Seorang Abah yang Hebat..

Alhmdllh..Ramadhan kali ni bnyak buat ana sedar dr lena yg panjang..
kali ni ana nk bercerita ttg fikrah kasih seorang ayah.. yg ana gelar ABAH..
MasyaAllah.. bangganya ana kerana Allah bg peluang kat ana untuk punya seorang abah yang sgt2 baik..
Abah.. ana mencintai abah sehabis usia ana.. InsyaAllah ke akhirat kelak ana ttp kendong cinta ini untuk abah..

Ya Allah.. ana bersyukur dpt abah yg sgt2 memahami..
ana nk bercerita kisah kasih syg abah dr ana kecil hinggalaa skrang..



dlu mse ana baby lg.. emak crita.. abah kalo blek kje je msti cari ana dlu.. kalo ana ngges.. abah pjuk smpailaa ana ttdo.. mak ckp ana dlu kcik2 kuat ngges.. abah tlg emak salinkan lampin ana.. sayaaang sgt kat abah..

ana manje.. yelaa ana tunggal pompuan dlm kuarga.. ble kne gigit nyamuk je.. msti pg kat abah..
"abah.. garukan.. kne gigit nyamuk".. nnt abah akan garukan sampailaa ana terlena..
MasyaAllah.. abah... ana xtau cmne nk ucap trima kasih kat abah.. abah sggup layan krenah anak prempuan abah yg sgt mngada2 ni..

ckp je nk ape.. msti abah belikan.. abah xleh pkul anak2.. nnt abah yg ngges sme.. pnah dlu abah rotan ana.. lpas tu ana ngges abah pon ngges.. lpas tu abah tros xde rotan anak2 lg.. marah pon tidak.. tp sifat abah yg penyanyang tu buat ana & angah btol2 menghormati abah.. tarbiah halus abah tidak bermakna beri kami peluang untuk lakukan sesuatu yg menconteng arang ke muka mak & abah..

abah slalu blek kje mlm.. kdg2 abah blek dlm keadaan basah kyup.. kotor baju & sluar ..
ksian abah.. tp abah rela bersusah & korban ape jua untuk anak2 & kuarga abah...
abah.. kdg2 ble abah blek tgh mlm tu.. abah mkn snsorang.. nasi da sjuk.. lauk da sjuk.. tp abah xpnah nk kjutkan anak2 & isteri abah mntak tmankan @ panaskan lauk...
esok pagi abah akan bersiap2 untuk pg krja lg..
seolah2 xde prkataan penat dlm diri abah.. xwjud perkataan jemu dlm fikiran abah untuk kluaraga..
abah... hanya Allah je yg layak bls jasa abah smue ni..

1 lafaz dr abah yg ana xkn lpe ::
"abah sggup buat kerja ape je asalkan anak2 abah dpt kperluan scukupnya..
biarlah abah xmkn.. biarlah abah berlapar asalkan anak2 abah knyang..
kalau anak2 org len leh dpt.. & ayah org len leh beri pd anak2 diorang..
knape anak2 abah xleh dpt.. knape abah xleh beri pd anak2 abah"

MasyaAllah.. besarnya kasihmu abah.. mulianya cintamu abah.. xternilai jasamu pd kami..

dlu mse mle2 ana nk smbung blaja..
abah buat 2 krja dlm sehari slma sebulan lbh..
siang abah krja mcm biasa.. abah bwk lori..
mlm abah part time jaga tapak pembinaan..
ana sedih abah.. ana xbg abah krja mlm tu.. bahaya..
tp abah ckp xpelaa.. abah da jnji mne boleh ske2 cuti...
smpai 1 ari ana nk blanja abah & mak mkn kat lua.. abah ckp xpelaa nnt bungkuskan je untuk abah..
abah... mulianya hati abah...
kalau ana xingat jasa& pngorbanan abah ni..
Hina sehina2lah diri ana ni..
ana rela dilaknat Allah..

kdg2 ble abah blek kje..
abah slalu tlg mak kat dpur...
kupas bawang.. petik sayur.. potong bwg.. kupas labu & cincang2 labu tu spya senang mak nk masak nnt..
kdg ble abah blek keje tu abah singgah pasar bli brg2 kperluan dapur..
baiknya abah.. abahlaa abah yg terbaik untuk kami ..

ble musim nk raya..
abah tlg cabut bulu ayam kampung.. kupas2 bawang.. sbb abah tau..
ana sibuk mengemas rumah.. abah tlg emak kat dapur..
msg2 ade bhgian msg2.. abah xpenah merungut .. xpenah mengeluh...
abah baik sgt... biarlah time tu abah penat cmne pon.. abah ttp akan tolong...

hari tu ana pg berbelanja ngn emak..
mlm tu plan nk petik sayur pucuk paku yg ana beli td..
terlelap.. MasyaAllah.. pkul 10 mlm tersadar abah blek kje... ana lelap semula..
pkul 11 lbh ana tersadar.. MasyaAllah.. abah bru habis petik pucuk paku tu..
Ya Allah.. malunye ana pd abah.. abah penat2 blek keje tp nampak sayur tu xpetik lg.. abah yg petik..




Emak & Abah.. jasamu kubawa ke syurga..
kasihmu ku dakap erat..
tiada abah sebaik abah yg dpt gantikan tempat abah dihati ana..
abah.. abah terbaik untuk ana didunia & akhirat..
smoga kita dpt bertemu & bersama di syurga kelak..
doa ana untuk emak & abah xpanh putus..
ana rela korbankan apa shja demi kebahagiaan emak & abah..
Ya Allah.. ana rela jika Engkau mengambil diriku untuk menggntikan posisi mereka dlm ape2 keburukan yg bakal menimpa mreka.. lindungi mereka Ya Allah..




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, August 14, 2011

9 ciri mujahidah idaman si soleh..


Paradigma mukmin
Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri
nukilan dr.. 
http://akuislam.com/blog/renungan/9-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, August 13, 2011

jangan berani berjanji jika kamu xmampu laksanakan..



♥ Sedar atau tidak, selama ini kita mudah untuk saling mencintai.. Namun kita sendiri tak berani untuk mengambil langkah yang pasti kan?

♥ Berbeza dengan sepasang kasut yang hanya mempunyai aspek dari segi kiri dan kanan, berkahwin merupakan penyatuan dua manusia, lelaki dan wanita. Dari segi anatomi sahaja sudah tidak sebangun, apatah lagi urusan jiwa dan hatinya. Keserasian, minat dan latar belakang keluarga bukanlah  jaminan segalanya akan lancar..

♥ Kalau kita berani mencintai, sesungguhnya kita sedang belajar untuk bertindak dewasa. Mengapa? Kerana berkahwin adalah proses pendewasaan. Dan untuk memasukinya, diperlukan calon yang kuat dan berani. Berani menghadapi masalah yang akan terjadi dan mempunyai kekuatan untuk mencari jalan keluarnya.

♥ Kedengaran  indah, tetapi kenyataannya? Haruslah ada ‘komunikasi dua arah’, ‘ada kerelaan mendengar kritikan’, ‘ada keikhlasan meminta maaf’, ‘ada ketulusan melupakan kesalahan‘ dan ‘keberanian untuk mengemukakan pendapat’.

♥ Sekali lagi, apakah sudah selesai sampai disini sahaja dalam hal cinta-mencintai kemudian putus di tengah jalan begitu sahaja? Tidak, jangan buat begitu..

♥ Ketika kita memutuskan untuk mencintai, kita harus bersiap-sedia memasuki pintu gerbang cinta yang sebenarnya. Ya, gerbang itu bernama PERNIKAHAN. Pernikahan bukanlah upacara memakai gaun pengantin ala ‘cinderella’, apatah lagi rangkaian kenderaan tetamu jemputan yang mensesakkan jalan.

♥ BERKAHWIN adalah satu sikap dan tindakan yang berani untuk memutuskan berlabuhnya cinta, ketika ribuan kapal pesiaran yang gemerlap memanggil-manggil..

♥ BERKAHWIN adalah proses penggabungan dua orang berkepala batu dalam satu ruangan, dimana mereka akan diuji sejauh mana pembuktian cinta mereka yang sebenarnya.

♥ Kerana MENIKAH adalah proses pengenalan diri sendiri mahupun pasangan kita. Tanpa mengenali diri sendiri, bagaimana kita boleh memahami orang lain?  Tanpa boleh memerhatikan diri sendiri, bagaimana kita boleh memerhatikan pasangan hidup?


♥ Kerana PERKAHWINAN sangat memerlukan keberanian tinggi, toleransi sedalam samudera, serta jiwa besar untuk ‘menerima’ apa yang ada dan apa adanya.

♥•♥ Jika Anda Berani Mencintai ♥•♥
♥•♥ Anda Harus Berani Menikahi ♥•♥
♥•♥ Khususnya Kepada Kaum Lelaki ♥•♥
♥•♥ Jangan Hanya Pandai Menabur Janji ♥•♥
♥•♥ Di Sana dan Sini Banyak Terluka ♥•♥
♥•♥ Akhirnya Memupuk Rasa Sakit Hati ♥•♥

Siapa yang berani mencintai, maka dia harus bersedia untuk menikahi..
Bukankah dengan menikah, mereka akan disejajarkan Rasulullah SAW dengan mujahid fii sabilillah yang dijanjikan akan mendapat pertolongannya!
Kerana kata Baginda, tiga golongan yang mendapat bantuan Allah adalah mereka   yang menikah untuk memelihara kesucian diri, hamba yang hendak membayar kemerdekaan dirinya, dan orang-orang yang berperang di jalan Allah.
~ (HR Ahmad, Turmudzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)



You have to know that ,
I'm not looking for a man who will give me whatever I want but I 'm really don't need it,
I'm not interested for a man wo will always promising me but still unsure can do it or not..
I'm not waiting for a man who will call and message me everyday but always doa for me when he 'meet' Him,
I'm not searching for a man who will always saying sayang before he is really have a right to me..
I'm not wanting for a man who will always remembering me but not to His..
Alhamdulillah I'm getting a man who will always teach me to be a solehah and a good servant for Him..Hopefully that we will blessed by Him..Amin..InsyaAllah..♥


wanita bukanlah seperti 'barang' yang boleh 'dibooking' atau dicancel sesuka hati, 
jika tahu tak mampu maka usahlah gatal menjalin hubungan cinta atau memberi harapan yang dusta..
itu adalah sebuah dosa yang mencemarkan kesucian wanita..


tindakan 'Approach' seseorang gadis. halal dilakukan bila niat dan azam sudah tekad untuk bernikah,
bersedia dan mampu.. jika TIDAK.. pendamkan saja hasratmu itu..


cinta yang suci itulah adalah CINTA SELEPAS BERKAHWIN..ALLAH REDHA.. SELURUH MAKHLUK PUN REDHA SERTA MENDOAKAN..
InsyaAllah.. 



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed