ALLahu RAbbi.. tika da saat ini hatiku masih belum kebah dari kesedihan ya ALLah..
tika sedang aku menikmati hidangan masakan ibuku.. telefon bimbitku berdering..
MasyaALLah.. agensi call.. mungkin nk bgtau Visa da boleh ambil agaknya..
tersenyum hati berbunga jiwa.. terawang rohani.. indah..
baru sahaja hendak ku jawab panggilan diputuskan..
tub! suatu perasaan aneh mula menjalar.. ahhhh.. ku tolak & ku tepis ..
mainan perasaan shja.. telefon berdering lg..
ku tolak sedikit bekas makanan ke tepi.. hanya berbaki mungkin lagi 3 suapan..
'Assalamualaikum Cik. Ain.. boleh bercakap??'
"W'slam.. silakan.. InsyaALLah boleh.."
'cik Ain.. errrr.... kami ada berita kurang baik sikit'
(aku menduga.. mungkin tarikh departku dilanjutkan kerana visa tidak dapat diproses awal..)
"berita apa tu ye.."
'errrr..... kami mintak maaf.. mintak maaf banyak-banyak.. errr.. cik Ain.. TAK DAPAT PERGI'
(Astagfirullah hal azim.. terasa rohku terbang kluar dr jasad! rasa dunia gelap seketika.. apakah? apakah aku salah dgar ya ALLah?? adakah ini hanya sekadar mimpi ya Khalik? )
" haa?? kenapa??"
'maaf.. visa cik ain kami xdapat proses.. sebab kerajaan Arab Saudi baru keluarkan peraturan baru.. wanita di bawah umur 45 tahun yang ingin pergi tanpa mahram.. tidak dibenarkan masuk ke tanah haram tanpa mahram yang sah.. mahram tumpang tidak dibenarkan..'
"Ya Allah.. sampai bila? tarikh sy kalo dilambatkan sedikit pun tak apa.. sy sggup.. asalkan sy dpt pergi.. "
'Maaf cik Ain.. hanya ada 2 cara..
1) Cik Ain harus bawa mahrah yang sah.. seperti bapa, adik bradik kandung llki atau saudara lelaki sebelah ayah..
2) jika cik ain nk pergi juga sendirian.. cik ain harus tunggu sehingga melepasi umur 45 thn..
mungkin cik ain boleh pujuk ayah atau adik bradik llki cik ain??
Allah.. puas sudah aku merayu .. memujuk ayah dan adik lelaki ku.. mereka belum bersedia.. tapi aku terlalu rindukan ENGKAU duhai Allah.. terlalu rindukan Rasullullah s.a.w .. daku telah bertekad untuk memenuhi hati ku dgn cinta kepada RAsullullah s.a.w sempena maulidur rasul ini.. agar bertambah semangat cintaku untuk bekalan ke sana.. agar aku lebih menghayati kehadiran RAsullullah..
Allah.. sukar ku gambarkan.. apa rasanya hati ini.. ya Allah.. terlukanya hati setiap kali terpandang luggage & barang2 yang telah kusiapkan untuk pergi bertemu Mu ya Allah.. ku gagahkan hati.. pergi ke agensi.. walaupun tangan bergetar sedari aku buka pintu kereta.. menapak dr 1 anak tangga ke anak tangga menuju ke agensi.. bila jari menekan butang lonceng.. staff agensi mula berpandangan sesama sendiri.. kaki menginjak masuk.. kata-kata ini yg menyapa ku.. 'Ya Allah kak.. sy xtau nk ckp ape.. kami serba salah!'
Aku hanya mampu jungkit bahu.. cuba senyum.. kuatkan hati .. 'Xpelaa ana.. bukan rzeki akak.. kita pon xleh nk buat apa2 kn..' cuba sedaya upaya aku tahan.. tupp! terlepas jua.. mata berkaca.. susah nk tahan.. susah nk bendung.. maafkan saya.. sy bkn meraih simpati.. tp sy mengharap.. andai kerajaan arab saudi berlembut & ubah akta.. tolong inform sy.. sbb sy teringin & masih mengharap..
sehingga ke hari ini.. aku masih berharap .. agar 29hb aku akan berlepas.. aku akan menghadap Engkau duhai Allah.. Allah.. Allah.. lemahnya aku menghadapi ujian Mu.. bibirku mengukir senyum.. namun lesunya tubuh & hati ini hanya Engkau yg tahu.. ya.. Hanya Engkau Ya KHalik..
Air mata yang enggan berhenti.. yang tidak jemu mengalir tika 'rindu' itu bertandang kembali ke laman hati... sehinga kini.. bibirku menguntum senyum.. namun hati ku menanggis.. tarikh yg semakin menghampir terasa menekan hati & perasaan ku.. mencengkam sakit sehingga ke urat saraf kepala kerana terlalu sedih kadangkala tika terpandang gambar2 sahabat2 yang telah diberi kesempatan menginfak rindu di rumahmu..
Bagaimanakah aku menguruskan rindu ini ya Allah.. bagaimana aku mengurus hati ini tika nanti aku menghadiri majlis maulidur rasul yg makin menghampir.. kerana rindu ini semakin membuak.. kerana rindu ini tidak bertepi.. Allahu Robbi..
Ada impian besar yang aku ingin selitkan sebelum pemergiaan ku kesana ya Allah.. waktu di lapangan terbang nnt.. tetapi itu semua tak kan tercapai.. mungkin tercapai dengan jalan & cara yang lain.. Allah.. kebahkan hatiku ya Allah.. agar aku lebih faham apa itu maknanya REDHA..
wahai pemilik nama Penawar Hati Penyejuk Mata ..
cekallah sayang.. sebatikan kata-kata ini di dalam hati mu..
Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat..
ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya..
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..
ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..
Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil..
ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..
Friday, January 11, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)