BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 23, 2011

Dari Wildan Hati untuk Permaisuri Hati..

Permaisuri Hatiku

Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu
04 July 2010 at 15:38

Terima kasih ya Allah..
tidak pernah didalam hidupku..
seseorang wildan yg soleh melakukan sujud syukur kerana terjalinnya sebuah ukhuwah fillah dgnku..
sungguh hanya Engkau yg mngetahui hatiku & hatinya tika itu..
terima kasih akhi kerana sudi mengirimkan lagu ini buat ana yg kerdil & bnyk kekurangan ini..
InsyaAllah.. cinta yg hadir ini..
akan kupelihara hingga ke nafas yg terakhir..
InsyaAllah hingga ke akhrat kelak..
tidak ku lupa keikhlasan yg terbina ini..
InsyaAllah..smoga impian itu akan tercapai suatu hari nnt..

Ya Allah.. Ya Latiff.. Ya Khafi..
knapa hati ana semakin sebak setelah ana call wildan hati ana smlm..??
ketabahan hati.. kekuatan semangatnya mengukuhkan lagi kasih syg ana pdnya..
bisikan syahadah untuk  papa tersayang buat cinta ana mkin tersemat kemas untuknya..
wildan hatiku..
kuatlaa kasih.. ana akan sntiasa di belakang akhi..
akan sentiasa mndoakan kekuatan,ketabahan&kesabaran untuk akhi sekeluarga..
tabahnya akhi.. msh mampu memujuk & buat ana tersenyum setelah akhi mndegar esak tanggis ana semalam..
ana nasihatkan akhi supaya tabah.. tp ana yg menanggis.. maafkan ana akhi..
ana sayu.. ana tidak dapat menahan sebak yg terbuku bila akhi memberitahu keadaan papa & tika mndgar
suara seorang anak soleh yg tabah mengharungi ujian Allah..
suara anak soleh yg sabar mnjaga orang tuanya dgn pnuh ikhlas & kasih..


hanya bisikan ini yg mampu ana lafazkan pd akhi smlm..
sebagai penguat semangat & mengingatkan akhi tidak keseorangan..
sematkan ia kemas2 ya di dalam hatimu..
  لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا
" La Tahzan Innallaha Ma'ana"
[Jangan Sedih..Jangan Takut.. ALLAH sentiasa bersama kita]
At-Taubah : ayat 40

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment