BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 18, 2011

Ku Tepis Rindu ini..

Ku tahu,
Diammu kerana Illahi,
Dan kuharap kau juga mengerti,
Diamku juga tersirat erti,
ku mengharap keredhaan-Nya,
Sentiasa menaungi Cinta Tulus ini,
Terpelihara dari noda-noda khayalan,
Yang boleh mencemari syariat,
Lantaran itulah,
Ku tepis lagi rindu ini..




MasyaAllah..


bayangnya datang lagi..
bersama seulas senyuman..
tulus dengan Nur Keikhlasan..
seraut wajah..
dengan redup mata sarat rahsia..
terpancar nilai kesetiaan..
terserlah sifat Daie Illallah..

kita..
pastikan bersatu..
bahagia dalam restu..
andai itu janji Illahi..
kupasrahkan harapan..
buat yang Maha Perancang..
kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui..
adakah dirimu tercipta untukku..

cuma satu pintaku..
andai Kau merestui duhai Rabbi..
jagakan dirinya buatku..
permudahkan urusannya..
menghadapi hari-hari berliku..
tunjukkan jalan buatnya..
meredah arus kedewasaan..
yang penuh fatarmorgana..

Tiba saatnya nanti..
permudahkan kamu Ya Latiff..
untuk bersatu..
membina hidup..
berlandaskan cinta-Mu..
demikian kukurim doa buatnya..
dalam kerinduan ini..

mimpiku mengundang rindu..
wajahmu bertandang lagi..
aku bertanya diri..
kenapa tidak sehebat ini ..
Rinduku pada Illahi??
sedangkan Dialah pencipta..
Insan seistimewa dirimu Wildan..
sedangakn Dialah pemberi..
Anugerah cinta ini..
sememangnya Dia..
Lebih berhak kurindui..
Lebih berhak kucintai..
mengatasi cintaku padamu..
ku tepis rindu ini...

untukmu.. wildan hatiku...


daku yakin pada luahan hatimu ini:





Ya Allah..

bantulah dia dalam kesusahan..
nusrahlah dia dalam kebuntuan..
dialah wanita yang bakal memegang panji agama dalam hidupku..
kekalkanlah dia dalam rahmat-Mu..
bekalkanlah dia dengan kasih sayang-Mu..
dialah wanita agung yang menjadi serikandi dalam hidupku..
wahai Allah..
ampunilah aku..
dosa diriku ini tidak layak dihitung dengan nilaian syurga-Mu..
hadirnya dia sebagai wardah penghibur dan penyuntik semangat dalam hidupku..
sayangilah dia..
sayangilah dia..
sayangilah dia..
wahai tuhan pencipta Alam..
[1/11/2010]
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 16, 2011

3 Jenis Cahaya Di Padang Mahsyar.. kita yg mana ya???

 AsSalamualaikum..
ana perolehi crita ni dlm sbuah Novel Islamik yg ana bce..
so.. tertarik nk share ngn smue saudara Islam smue
krana ianya boleh dijadikan panduan wat kte smue dlm mningkatkn
amal mnjadi Muslim yg sejati.. InsyaAllah..

Dipadang Mahsyar kelak akan ada 3 jenis cahaya..
cahaya yg pertama :
Cahaya seperti BINTANG yg berkelip2..
cahaya yg kedua :
Cahaya seperti BULAN PURNAMA yg menerangi..
Cahaya yg ketiga :
Cahaya seperti MATAHARI yg bersinar dgn sgt terang..



1] cahaya seperti BINTANG yg berkelip2..
wajah orang yg ketika mendengar AZAN dia terus meninggalkan segala urusannya ,
lalu melangkah untuk segera menunaikan solat..



2]  cahaya seperti BULAN PURNAMA yg menerangi..
wajah orang yg mengambil WUDHUK sebelum AZAN berkumandang..



3] cahaya seperti yg MATAHARI yg bersinar dgn sgt terang..
wajah orang yg telah pun berada didalam MASJID sebelum masuknya waktu AZAN..

bayangkan kita dikategori mana??
jgnkn hendak bersegera meninggalkan urusan apabila suara azan menyeru untuk solat..
ttapi buat2 tidak dengar pula.. bahkan menunaikan solat pada akhir2 waktu..

peringatan untuk diri ana juga & smua ..
yg baik dtg dari Allah..
yg khilaf dr diri ana sendiri..
Bak kata as-syahid Imam Hassan al-Banna:
"kalian adalah mata-mata yang menyambung perjuangan dakwah"
Wallahualam..

agak2 kita yg mana ya??? tepuk dada tnyalah IMAN..
Renung2kan.. Selamat Beramal.. (^_^)

pssst: pic kt bwh ni hanya hiasan semata2.. ske tgk kucing tu.. comel.. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 12, 2011

Perempuan Ekslusif Yang Unggul itu Muslimah..


Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan d...irinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...
Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...
MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?
Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!
Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki

Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, May 8, 2011

untukmu Emak.. Mama.. Umi.. Ibu.. Mummy..



ketika Allah menciptakan seorang ibu,
dia mengadunkan dengan bahan yg istimewa & tahan lama..

Mata Ibu haruslah mempunyai kuasa yg bukan sahaja mampu melihat yg luaran..
tetapi lebih jauh mampu menafsir & membaca apa yg disembunyikan oleh si anak dibalik wajahnya..

Telinga Ibu haruslah mempunyai dimensi yg sangat kuat, yg dicipta daripada bahan yg xmudah terhakis..
telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata yg pedih yg dikeluarkan daripada anak2 yg dikandungnya itu..

Bahu Ibu pula dibina daripada bahan yg tidak terlalu keras & tidak terlalu lembut..
agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar..

Tangan Ibu juga dibina dengan bahan yg cukup kukuh..
agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketika bekerja seharian menguruskan keperluan mereka..

di Kelopak Mata si Ibu.. Allah menyediakan 1 lubang kecil untuk air matanya..
air mata itu adalah miliknya.. dan ia boleh mengalirkannya bila-bila pun yg dia mahu sambil mengadu pd Allah..
akan hal-hal yg melukai hatinya.. Air mata tika menahan derita daripada karenah anak-anak yg sering menyakitkan..
ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya..


"Duhai emak yg membawaku ke dunia, ana ingin menyatakan betapa ana menyayangi & mencintai emak selepas Allah & Rasullullah S.A.W. Ana sgt ingin emak mengerti bahawa ana sungguh mencintai emak seperti ana mencintai syurga ana..
Ampunkan ana duhai emak kiranya ana pernah membuatmu bersusah hati dengan kerenahku.. 
Ampunkan ana emak jika bicaraku pernah mengguris hatimu.. 
Ampunkan daku emak jika pernah ana mengingkari suruhanmu.. 
Ampunkan daku emak jika sepanjang tempoh ini ana gagal menjadi anak yg terbaik buatmu.. gagal menjadi penyejuk mata & penawar hatimu.. Gagal membuat emak berasa bahagia dgnku..
Pintaku agar Dia menyayangi & mengasihi emak seperti mana emak menyayangi & mengasihiku sedari ana kecil.. agar Dia mencintai emak lebih dari emak mencintaiku.. 
Agar Dia memberikan emak kebahgiaan lebih daripada kebahagiaan yg ana miliki.. 
Agar Dia membuat emak tersenyum bahagia lebih daripada emak membuatku tersenyum..
Ya Allah.. ana menyayangi dan mencintai emak kerana-Mu.. Tuhan.. Lindungilah emak selalu daripada bahaya & dukacita..
selalulah Engkau ukirkan senyuman di wajah emak.. 
supaya kutahu emak sedang berbahagia dgn hidupnya.. 
Selalulah Engkau payungi emak dalam rahmat & kasih sayang-Mu yg tidak bertepi itu..
Duhai emak.. sayangmu kubawa ke Syurga.. Salam sayang penuh cinta dari anakmu yg kian dewasa.."



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 4, 2011

sudah matangkah aku??


anda semakin matang jika....

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai...
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa...
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung...
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka...
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat...
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain...
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda...
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya...
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu...
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang...
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati...
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu...
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif...
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna...
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya...
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai...
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka...
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita...
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur...
sumber : i luv islam.com
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 2, 2011

Petua Cantik..


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

 1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.“Sampaikanlah pesanku walau sepotong ayat.."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita!! Subhanallah


LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?

ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia
sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih
dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram."

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
sentuh...
Dulu, saya pelik, kenapa pegang tangan pun mesti dijadikan salah satu garis pandu untuk don'ts dalam couple. Bukankah pegang tangan sesama bukan muhrim itu haram, garis pandu untuk orang Islam, bukan hanya bila couple?

Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.

Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi.

Begitu juga dengan bangun subuh. Kalau orang yang masih berselimut walaupun dah dengar azan subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi.

"Heleh, beda'ah betul. Selimut, selimutlah. Kulit orang, kulit oranglah. Mana nak sama dengan kulit babi?"

Bendanya memang tak sama. Dosanya sama. Bukankah semua amalan, dosa dan pahalanya bergantung pada niat?

Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya iya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.

Kita akan ingat, walaupun hanya makwe/pakwe kita saja yang tahu apa yang kita buat, tapi Tuhan nampak dan tahu setiap sesuatu. Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati. Dia yang Maha Mengetahui. Dan Dia uji kita, ingatkah kita pada Dia?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam itu??





"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"   


"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"   


"Baitullah tu apa?" ... 


"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"  


 "Allah ada dalam tu?"   "Tak.."   


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"  


 "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."  


 "Kamu sembah apa?"   


"Saya sembah Allah swt"   




"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"  


 "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."  


 "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."  


 "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"  


 "Pernah.. selalu.."  


 "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"   


"Tengok perlawanan bola la.."  


 "Di mana?"  


 "Dalam tv la.."   


"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."   


"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."  


 "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."  


 "So..?"  


 "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"   


"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."  


 "Peliknya.."   "Sebab apa pulak pelik?"  


 "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."   "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."  


 "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"  


 "Ya.. tak pelik.."   


"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."   


"Erk.. kau betul.."    


 sila sila la share~~


destinasi yg ana rindui.. jika diberi pilihan antara sejuta impian yg boleh direalisasikan @ destinasi ini.. 

dgn penuh keyakinan ana rela melepaskan sejuta impian yg boleh direalisasikan itu dgn destinasi ini..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed