BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 8, 2011

untukmu Emak.. Mama.. Umi.. Ibu.. Mummy..



ketika Allah menciptakan seorang ibu,
dia mengadunkan dengan bahan yg istimewa & tahan lama..

Mata Ibu haruslah mempunyai kuasa yg bukan sahaja mampu melihat yg luaran..
tetapi lebih jauh mampu menafsir & membaca apa yg disembunyikan oleh si anak dibalik wajahnya..

Telinga Ibu haruslah mempunyai dimensi yg sangat kuat, yg dicipta daripada bahan yg xmudah terhakis..
telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata yg pedih yg dikeluarkan daripada anak2 yg dikandungnya itu..

Bahu Ibu pula dibina daripada bahan yg tidak terlalu keras & tidak terlalu lembut..
agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar..

Tangan Ibu juga dibina dengan bahan yg cukup kukuh..
agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketika bekerja seharian menguruskan keperluan mereka..

di Kelopak Mata si Ibu.. Allah menyediakan 1 lubang kecil untuk air matanya..
air mata itu adalah miliknya.. dan ia boleh mengalirkannya bila-bila pun yg dia mahu sambil mengadu pd Allah..
akan hal-hal yg melukai hatinya.. Air mata tika menahan derita daripada karenah anak-anak yg sering menyakitkan..
ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya..


"Duhai emak yg membawaku ke dunia, ana ingin menyatakan betapa ana menyayangi & mencintai emak selepas Allah & Rasullullah S.A.W. Ana sgt ingin emak mengerti bahawa ana sungguh mencintai emak seperti ana mencintai syurga ana..
Ampunkan ana duhai emak kiranya ana pernah membuatmu bersusah hati dengan kerenahku.. 
Ampunkan ana emak jika bicaraku pernah mengguris hatimu.. 
Ampunkan daku emak jika pernah ana mengingkari suruhanmu.. 
Ampunkan daku emak jika sepanjang tempoh ini ana gagal menjadi anak yg terbaik buatmu.. gagal menjadi penyejuk mata & penawar hatimu.. Gagal membuat emak berasa bahagia dgnku..
Pintaku agar Dia menyayangi & mengasihi emak seperti mana emak menyayangi & mengasihiku sedari ana kecil.. agar Dia mencintai emak lebih dari emak mencintaiku.. 
Agar Dia memberikan emak kebahgiaan lebih daripada kebahagiaan yg ana miliki.. 
Agar Dia membuat emak tersenyum bahagia lebih daripada emak membuatku tersenyum..
Ya Allah.. ana menyayangi dan mencintai emak kerana-Mu.. Tuhan.. Lindungilah emak selalu daripada bahaya & dukacita..
selalulah Engkau ukirkan senyuman di wajah emak.. 
supaya kutahu emak sedang berbahagia dgn hidupnya.. 
Selalulah Engkau payungi emak dalam rahmat & kasih sayang-Mu yg tidak bertepi itu..
Duhai emak.. sayangmu kubawa ke Syurga.. Salam sayang penuh cinta dari anakmu yg kian dewasa.."



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

didy said...

ade 2 ibu laaa :)

Post a Comment