BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 4, 2011

Saat Terciptanya Hawa dari tulang rusuk Adam..

ketika Adam berada di syurga, apa sahaja yang ada didalam syurga itu berupa nikmat! segala nikmat yg xprnh berkurang.. namun.. Adam ttp glisah dan resah dlm kesepian..

itulah satu2nya kekurangan yg dirasakan Adam di syurga..
dia memerlukan seorang teman yg akan mendampinginya dlm kesenangan yg xterkata itu. Demi memenuhi jiwanya yg kesunyian, Adam akan turun ke bawah pohon2 rendang mencari hiburan dan mendengar burung2 bernyanyi indah. Namun.. hatinya tidak tenteram, malah makin tertikam.. tatkala angin bertiup sepoi2 bhsa dan dedaunan mendesirkan suara sayup2 maka terkesanlah di hati Adam akan perasaan sayu. Dirasakan sprti derita batin disebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

tetapi..
Adam malu sekali untuk mengadukan kesunyiannya itu kepada Allah. Allah Maha Mengetahui akan apa yg tersembunyi dalam kalbu hambaNya.
Ketika Adam sedang nyenyak tidur, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril AS agar mencabut tulang rusuk Adam dari lambung sebelah kiri.
Adam tidak berasa apa2 ketika tulang rusuknya dicabut oleh Malaikat Jibril. dan dgn kudrat Allah yg apabila ia mengkehendaki terjadi ssuatu, cukup dgn berkata "KUN" maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam sebagai insan kedua penghuni syurga. Juga sebagai pelengkap kurnia yg dianugerahkan kpd Adam. Justeru Hawa itu tercipta untuk dijadikan teman yg boleh  bermesra dan bergurau senda dengan Adam.

Hawa dduk bersandar pada bantal lembut, diatas sebuah tempat yang bertatahkan emas dan permata manikam, sambil terpesona memandang wajah seorang lelaki kacak yg sedang terbaring tidak jauh di depannya. Butir2 fikiran dan perasaan yg bergelombang dalam sanubari Hawa itu seolah2 merupakan arus elektrik yg datang mengetuk kalbu Adam. Ia langsung berasa seperti sebuah mempi yang sangat berkesan dalam jiwa Adam..

Ketika terjaga , alangkah terkejutnya Adam tatkala ada seorang makhluk manusia seperti dirinya tidak jauh dari tempatnya sedang berbaring. Beberapa kali Adam mengosok matanya kerana tidak percaya pada apa yg dilihatnya.

Hawa diciptakan lengkap dengan perasaan malu itu segera memalingkan badannya seraya mengirimkan sebuah senyuman manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang ternyata memberikan sinar harapan bagi hati yg melihatnya.

Sesungguhnya memang diciptakan Hawa itu dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna! Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, peindahan, kasih sayang, kesucian, keibuan, dan segala sifat keperibadian yg terpuji. Ia wanita tercantik yg menghiasi Syurga! dan kecantikan itu yg diwariskan turun-temurun.. dan daripadanyalah maka ada kecantikan yg diwariskan kepada semua wanita yg datang selepasnya..

Adam tidak kurang hebatnya!
dia begitu gagah dan kacak malah tidak terjumpa walau sekecil cacat pada dirinya. kerana Adam itu makhluk yg dicipta secara langsung oleh Allah SWT tanpa perantaraan. Semua kecantikan yg ada pada seorang lelaki terhimpun padanya. dan kecantikan itu jugalah yg diwariskan kepada semua lelaki selepasnya sebagai anugerah Allah kepada makhlukNya yg bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan, kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan daripada cahaya rupa Adam AS..

Kata2 yg pling segar dan diingati Adam adalah tatkala Hawa mengucapkan dengan terputus-putus 
"... ku.. a.. ku.. aku.. dijadikan untukmu!"
kata-kata itu nikmat yang menambah kemeraan Adam dan Hawa. Adam sedar nikmat itu datang daripada Tuhan, dan cinta juga datang daripada Tuhan. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhannya semakin mendalam. Cinta kepada Hawa beerti cinta kepada Pencipta..

diperintahkan kepada semua malaikat di langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon 'Syajarah Thuba', menjadi saksi atas pernikahan Adam & Hawa..

Diriwayatkan bahawa pada pernikahan itu Allah SWT berfirman ..
"Segala puji adalah KepunyaanKu, segala Kebesaran adalah pakaianKu, segala Kemegahan adalah hiasanKu dan segala makhluk adalah hambaKu dan dibawah kekuasaanKu. menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua-dua ciptaanKu dengan mahar, dan hendaklah kedua-duanya bertahlil dan bertahmid kepadaKu!"

Subhanallah..
gambar hanya sekadar hiasan semata2..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment